Jaringan minit akhir Davis julang Lakers

LOS ANGELES, 21 SEPT – Anthony Davis menjaringkan percubaan tiga mata pada masa penamat untuk melengkapkan kemenangan buat Los Angeles Lakers 105-103 ke atas Denver Nuggets kelmarin untuk mendahului dalam final Western Conference NBA.

“Orang ramai bercakap mengenai saya tidak pernah alami momen tekanan seperti ini sebelum ini, saya bersedia untuknya,” kata Davis. “Saya mahu melakukan percubaan itu”.

Davis menjaringkan 31 mata dan sembilan rebound, manakala LeBron James menambah 11 rebound ketika Lakers menghalang kemaraan Nuggets – yang mendahului dengan 103-102 menerusi Nikola Jokic dengan perlawanan berbaki 20.8 saat.

Jokic menjaringkan 11 mata berturut-turut buat Nuggets sepanjang perlawanan, mengakhiri perlawanan dengan 30 mata, enam rebound dan sembilan assist untuk meletakkan Denver di hadapan.

Jamal Murray menambah 25 mata, dan Nuggets berjuang berhabis-habisan pada suku keempat tetapi akhirnya tewas selepas kekurangan mata.

Aksi pemain Los Angeles Lakers, Anthony Davis membuat percubaan tiga mata mengatasi Nikola Jokic. Lakers mendahului dalam final Western Conference NBA selepas mencatat kemenangan ke atas Denver Nuggets.- AP

Davis dan Jokic saling berbalas-balas jaringan semasa perlawanan, Jokic menyudahkan mata selepas rakan sepasukannya Murray terlepas daripada melakukan jaringan dalam percubaan untuk meletakkan Nuggets di hadapan 101-100 dengan 31.8 saat sebelum tamat, tetapi Davis kembali memberikan saingan dengan menjaringkan mata buat Lakers.

Selepas Jokic menempatkan Nuggets di depan sekali lagi, pemain Lakers, Alex Caruso terlepas percubaan tiga mata dan Murray menyekat percubaan Danny Green, memberikan Lakers peluang untuk membawa masuk bola.

Rojan Rondo menemui Davis, dan penyerang All-Star itu membuat jaringan yang sekali gus membawa kemenangan ke atas Davis.

Lakers akan berusaha mendahului 3-0 dalam siri terbaik daripada tujuh perlawanan pada esok di gelembung kuarantin NBA di Orlando Florida.

James menjulang Lakers pada awal perlawanan dengan menjaringkan 12 mata pertama Los Angeles.

Lakers menjauhkan jarak mereka kepada 16 mata dalam suku kedua, tetapi Nuggets enggan menyerah. – AFP