Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Jaringan Paul bantu Suns raih kemenangan

    LOS ANGELES, 29 APRIL – Chris Paul mempamerkan jaringan luar biasa untuk memimpin Phoenix Suns meraih kemenangan ke atas New Orleans ketika Philadelphia dan Dallas juga mara dalam playoff NBA semalam.

    Pemain All-Star 12 kali, Paul mencatat 14 daripada 14 jaringan dari dalam gelanggang untuk menetapkan rekod akhir musim ketika Suns menewaskan Pelicans 115-109 untuk melengkapkan kemenangan 4-2.

    Ia menandakan kepulangan emosi kepada New Orleans untuk Paul, yang memulakan karier profesional di bandar itu dengan enam musim untuk pasukan Hornet di antara 2005 dan 2011.

    “Saya sentiasa berkata bandar ini membesarkan saya,” kata Paul.

    “Adalah hebat dapat melakukannya di sini di New Orleans.. ia adalah tempat tinggal saya. Saya menyokong pasukan ini apabila saya tidak beraksi menentang mereka.

    “Ia amat istimewa. Awda tidak tahu perasaan saya apabila berjalan memasuki bangunan ini. Semua orang yang bekerja di sini, mereka bagaikan keluarga saya. Ia seperti keluarga saya. Tidak ada apa-apa yang lebih menyeronokkan bermain di bandar ini.”

    Pasukan Suns juga didorong oleh kepulangan Devin Booker daripada kecederaan, dengan kutipan 13 matanya termasuk three-pointer pada akhir suku keempat memimpin Phoenix di depan.

    “Melihat Booker kembali adalah segala-galanya,” tambah Paul. “Di gelanggang mereka mula menyerang dan mereka lupa bahawa kami mempunyai Devin Booker yang beraksi sebagai pemain pertahanan.”

    Suns akan bermain seterusnya menentang Dallas Mavericks dalam saingan separuh akhir Western Conference. – AFP

    Aksi Chris Paul dalam perlawanan di antara New Orleans Pelicans dan Phoenix Suns di Pusat Smoothie King di New Orleans pada 28 April 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...