CAGLIARI, ITALI, 12 JAN – Pemain gantian, Gaston Pereiro mencipta satu jaringan gol kemenangan pada masa hampir tamat ketika Cagliari yang diancam dengan penyingkiran sekali lagi bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Bologna 2-1 di Serie A kelmarin.
Leonardi Pavoletti berjaya menghalang percubaan Riccardo Orsolini pada awal separuh masa kedua untuk Bologna.
Kedua-dua pasukan juga telah tersasar terkena tiang gawang.
Ia adalah perlawanan kedua berturut-turut untuk Cagliari terpaksa bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1, setelah melakukan perkara yang sama di Sampdoria minggu lalu.
Cagliari mara ke tempat yang selamat, walaupun bermain lebih satu perlawanan berbanding Venezia menghuni tangga ke-17. Bologna masih kekal di tempat ke-12.
Kedua-dua pasukan mempunyai tujuan yang berbeza dan ia adalah satu perlawanan yang penuh bertenaga dari awal di Sardinia. Pasukan tuan rumah hampir mendahului pada minit ke-14 tetapi percubaan Raoul Bellanova terkeluar dari tiang kanan.
Bologna mendahului pada awal separuh masa kedua apabila Orsolini menjaringkan gol sepakan percuma ke sudut atas gawang.
Tetapi pasukan Cagliari menyamakan kedudukan pada minit ke-71. Balingan ke dalam dan Pereiro menyilangnya semula untuk Pavoletti melakukan voli dalam gol penyamaan.
Bologna hampir sahaja dapat mengejar pendahuluan tetapi penjaga gol tuan rumah, Alession Cragno berjaya menghalang usaha Orsolini sehingga tersasar daripada gawang. – AP