Jaringan pertama Saka julang Gunners

WOLVERHAMPTON, 5 JULAI – Arsenal kembali ke perlumbaan untuk layak ke Liga Juara-Juara setelah jaringan Bukayo Saka memberikan kemenangan penting 2-0 menentang Wolves semalam.

Pasukan Mikel Arteta telah meraih tiga kemenangan liga berturut-turut, kedua-dua jaringan gol tersebut masing-masing dijaringkan oleh Saka dan Alexandre Lacazette yang berlangsung di Stadium Molineux.

Arsenal kini enam mata di belakang Manchester United yang berada di tempat kelima dengan berbaki lima perlawanan sahaja lagi.

Meskipun The Gunners masih terlalu jauh untuk mara ke Liga Juara-Juara musim depan, tetapi jika larangan terhadap Manchester City ditentukan, maka kedudukan di tempat kelima akan mendapat tempat dalam pertandingan Eropah.

Hanya beberapa hari selepas Saka menandatangani kontrak jangka panjang baharu dengan kelab itu, pemain berusia 18 tahun itu muncul dari akademi Arsenal.

Harapan Wolves menempah tempat ke Liga Juara-Juara semakin tipis berikutan kekalahan pertama mereka dalam empat perlawanan sejak EPL kembali semula dan mereka kini tiga mata berada di belakang Manchester United.

Sekali lagi skuad Arsenal telah mengetepikan pemain tengah Mesut Ozil atau Matteo Guendouzi, sementara Nicolas Pepe tidak dapat beraksi kerana isterinya melahirkan anak.

Jaringan keempat Saka musim ini di semua perlawanan merupakan bolos pertama buat Wolves dalam 448 minit perlawanan sejak perlawanan di Tottenham pada 1 Mac lalu.

Lacazette turun dari bangku simpanan untuk memastikan pasukannya mengutip tiga mata penuh melalui hantaran Joe Willock pada minit ke-86. – AFP

Reaksi Bukayo Saka ketika meraikan jaringan golnya semasa perlawanan antara Wolverhampton Wanderers dan Arsenal di Stadium Molineux di Wolverhampton, semalam. – AP