SALT LAKE CITY, 24 APRIL – Rudy Gobert memberikan Utah mata pendahuluan hasil daripada jaringan dunk alley-oop dengan baki 11 saat dan Jazz berjaya menewaskan Dallas Maverick dengan keputusan 100-99 pada perlawanan kelmarin dalam Perlawanan 4 untuk menyamakan siri pusingan pertama.
Utah mendahului Mavericks dengan 18 mata dalam suku keempat selepas menyerahkan kelebihan dua angka pada separuh masa kedua. Dallas melakukan hanya dua jaringan dalam tujuh minit pertama suku keempat dan menjaringkan 33 peratus mata secara keseluruhan pada suku perlawanan.
Jordan Clarkson menjaringkan 25 mata untuk pasukan Utah, Donovan Mitchell menampah sebanyak 23 mata dan melakukan tujuh assist. Rudy Gobert memperoleh 17 mata dan 15 rebound, 10 adalah daripada offensive glass. Dia adalah yang ketiga daripada barisan lapan pemain untuk melakukan lontaran percuma pada suku keempat dan sembilan daripada 18 secara keseluruhan.
Bintang Dallas, Luka Doncic mencatatkan 30 mata, 10 rebound dan empat assist setelah dia kembali selepas tidak beraksi dalam tiga perlawanan kerana kecederaan betis kiri.
Jalen Brunson menambah sebanyak 23 mata, sementara itu Dorian Finney-Smith, Dwight Powell dan Reggie Bullock masing-masing menyumbang 11 mata. – AP
