Friday, December 6, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jaringan Salah tewaskan Brighton

    LIVERPOOL, 3 NOV – Bos Liverpool, Arne Slot ‘yakin’ pasukannya boleh memburu kejuaraan liga selepas bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Brighton 2-1 untuk menduduki tangga teratas Liga Perdana kelmarin.

    The Reds sepatutnya ketinggalan pada separuh masa selepas jaringan Ferdi Kadioglu di Anfield.

    Tetapi dua gol pantas daripada Cody Gakpo dan Mohamed Salah menghukum Brighton kerana tidak mengambil kesempatan pada penguasaan separuh masa pertama mereka.

    Kemenangan ke-13 dalam 15 perlawanan untuk Slot membawa Liverpool dua mata di depan Manchester City, yang tewas 2-1 di Bournemouth.

    “Kami kalah pada separuh masa pertama,” kata Slot. “Kami tidak berupaya melawan langsung. Separuh masa kedua pemain menunjukkan sikap dan intensiti berbeza.

    “Jika anda berdepan pasukan seperti ini dan ketinggalan 1-0 dan boleh kembali kepada kemenangan 2-1, pada pendapat saya patut, ini memberi saya keyakinan yang tinggi. Lebih daripada kedudukan yang kita ada,” jelas Slot.

    Walaupun The Reds mengalu-alukan kembali ramai bintang termasuk Salah, Virgil van Dijk dan Trent Alexander-Arnold, namun Seagulls yang mendominasi separuh masa pertama dan sepatutnya mencipta lebih banyak jaringan.

    Kadioglu membuka jaringan pada minit ke-14 dengan rembatan kaki kanan ke bahagian dalam tiang.

    Liverpool sekali lagi tanpa penjaga gol pilihan pertama Alisson Becker kerana kecederaan tetapi penggantinya, Caoimhin Kelleher bertindak cemerlang menghalang Brighton menggandakan kelebihan mereka.

    Rancangan Slot selepas separuh masa berkesan apabila Liverpool mencipta jaringan.

    Pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan apabila hantaran lintang Gakpo melayang ke sudut jauh tanpa mendapat sentuhan dan masuk ke gawang.

    Liverpool menambah jaringan apabila Curtis Jones menemui Salah yang memotong ke bahagian dalam sebelum merembat dengan kaki kirinya menuju ke dalam jaring. – AFP

    Mohamed Salah meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol kedua pasukannya  menentang Brighton di stadium Anfield, Liverpool, England kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda