Jaringan sulung Pogba julang Red Devils ke persada Liga

LONDON, 13 JAN – Paul Pogba menjulang Manchester United ke tangga teratas Liga Perdana Iggeris (EPL) buat kali pertama selepas tiga tahun apabila jaringan sulungnya berjaya menewaskan Burnley 1-0 di Stadium Turf Moor, semalam.

United kini mengatasi juara bertahan, Liverpool dengan kelebihan tiga mata menjelang pertembungan kedua-dua pasukan sebagai kelab paling berjaya dalam sejarah bola sepak Inggeris itu di Stadium Anfield pada Isnin ini.

Di sebalik spekulasi berhubung masa depannya, Pogba memainkan peranan penting untuk United bagi mencabar gelaran liga buat kali pertama selepas kali terakhir mereka memenanginya ketika era bekas pengurus, Alex Ferguson pada 2013.

Pasukan Ole Gunnar Solskjaer kini memperoleh 29 dari 33 mata selepas hanya meraih dua kemenangan dalam enam perlawanan pembukaan musim ini.

Pemain yang mereka tandatangani Bruno Fernandes selepas kemenangan 2-0 ke atas Burnley di Old Trafford hampir setahun lalu nyata berjaya mengubah nasib United.

Reaksi Paul Pogba dari Manchester United ketika meraikan jaringan golnya semasa perlawanan menentang Burnley semalam. – AP

Dan Pogba akhirnya dapat menghasilkan persembahan yang konsisten yang setimpal dengan harga rekod dunia yang dibayar United untuk pemain Perancis itu pada tahun 2016, di mana Solskjaer percaya dia dapat menamatkan penantian lapan tahun memenangi gelaran liga.

Berikutan kejayaan menewaskan Burnley, pasukan yang tidak pernah tewas di tempat sendiri sejak Oktober tahun lalu juga membuktikan bahawa United mempunyai keupayaan mencabar kejuaraan liga.

United hampir berjaya mendahului perlawanan menerusi tandukan Harry Maguire, tetapi dibatalkan kerana kekasaran yang dilakukannya terhadap Erik Pieters.

Burnley terus memberikan tekanan pada separuh masa kedua ketika Cavani kembali beraksi setelah digantung tiga perlawanan, di mana beliau terlepas dua peluang besar untuk menjaringkan gol.

Selepas permulaan yang perlahan oleh pasukan pelawat, di separuh masa pertama beberapa kontroversi timbul oleh VAR. Pogba muncul wira selepas menyempurnakan hantaran Marcus Rashford di minit ke-71.

Burnley mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan sebanyak dua kali selepas itu namun kedua-duanya disia-siakan begitu sahaja.

United perlu meningkatkan prestasi permainan mereka menjelang perjalanan ke Anfield. – AFP