Jaringan Yilmaz selamatkan Lille

PARIS, 9 OGOS – Penyerang Turki, Burak Yilmaz dipuji sebagai ‘ketua sejati’ setelah membantu pasukan menemukan jaringan lewat ketika Lille berjuang untuk menyamakan kedudukan 3-3 di Metz di mana juara Perancis itu memulakan kempen untuk mempertahankan gelaran mereka semalam.

Lille yang juga menewaskan Paris Saint-Germain dalam Piala Super Perancis minggu lalu, ketinggalan 3-1 sebelum jaringan lewat dari Nanitamo Ikone dan kapten pasukan kebangsaan Turki itu yang membantu Lille membawa pulang satu mata yang sukar diperoleh.

Metz melakukan kecuaian melepaskan bola ke gawang sendiri pada masa kecederaan.

Yilmaz kemudian berlari dengan pantas untuk mengambil bola dari sayap kiri dan menjaringkan gol ke sudut gawang lawan.

“Itu adalah ketua sejati,” kata jurulatih Lille, Jocelyn Gourvennec terhadap Yilmaz.

Aksi Burak Yilmaz semasa mengawal bola dan cuba dihalang pemain pertahanan Metz, Boubakar Kouyate dan Dylan Bronn dalam perlawanan Ligue 1 di Stade Saint-Symphorien di Longeville-les-Metz, semalam. – AFP

“Dia seorang profesional yang sebenar, atlet yang sebenar dan bekerja sangat keras.”

“Anda melihat pemain hebat di saat-saat penting dan kami melihatnya hari ini,” kata Gourvennec selepas perlawaman liga pertamanya sebagai jurulatih pasukan.

Kapten Lille, Jose Fonte sangat marah setelah dibolosi tiga gol.

“Tidak betul dan saya tidak gembira. Tetapi selepas itu kami menunjukkan mengapa kami juara,” kata pemain antarabangsa Portugal itu.

Christophe Galtier membawa Lille memenangi gelaran musim lalu tetapi keluar dan menyertai kelab Nice.

Namun, perlawanan pertamanya di Nice suram ketika pasukannya diikat 0-0 di laman sendiri oleh Reims. Di perlawanan yang berasingan di Brittany, 18,000 peminat menyaksikan Rennes seri 1-1 menentang Lens.

Clermont mengalahkan Bordeaux 2-0 menerusi dari penjaring terbanyak di Ligue 2 musim lalu, Mohamed Bayo dan Jodel Dossou.

Strasbourg juga mengalami kekalahan 2-0 di laman sendiri menentang Angers. – AFP