Jasa 179 doktor dihargai

MILAN, 18 OKT – Seramai 179 doktor Itali yang telah meninggal dunia dalam krisis COVID-19 diberi penghormatan hari ini dalam satu upacara di bandar Itali, Duno, utara Milan ketika kerajaan negara itu mempertimbangkan lebih banyak sekatan untuk mengekang penularan koronavirus.

Nama-nama mereka tertulis di marmar dalam sebuah bangunan di wilayah Lombardy, yang merupakan daerah paling terjejas di negara ini.

Nama-nama tersebut termasuk Dr Roberto Stella, doktor Itali pertama yang meninggal dunia akibat COVID-19. Kematiannya pada usia 67 pada 11 Mac mengejutkan pertubuhan perubatan Itali yang sekali gus memberikan risiko jangkitan virus berkenaan kepada keluarganya.

Itali, negara pertama di luar Asia yang mengesan penularan virus tempatan, telah menyaksikan kes positif baharu yang disahkan meningkat melebihi 10,000 sehari dalam beberapa hari terakhir.

Angka tersebut adalah lebih tinggi berbanding ketika negara itu berdepan saat sukar semasa menghadapi penularan virus mematikan itu pada bulan Mac dan April, ketika hanya yang mengalami simptom teruk sahaja akan dirawat.

Pegawai polis memakai penutup mulut dan hidung bagi mengekang penularan virus dilihat berada di GalleriaVittorioEmanuele II, Milan pada 17 Oktober lalu. Itali memberi penghormatan kepada para doktor yang terkorban semasa memerangi COVID-19 dalam satu acara, kelmarin.

Dalam perkembangan terkini, kerajaan Itali juga telah meluluskan perbelanjaan baharu sebanyak AS$47 bilion untuk mengatasi masalah ekonomi akibat wabak tersebut.

Pakej rangsangan yang diumumkan hari ini merangkumi tambahan 1 bilion euro untuk sistem penjagaan kesihatan kebangsaan, tambahan dana untuk menggajikan doktor dan jururawat ketika waktu kecemasan dan peruntukan untuk membayar vaksin serta keperluan lain untuk merawat dan memerangi penyebaran COVID-19.

Terdapat juga beberapa peruntukkan untuk membantu penduduk yang terjejas seperti skim-skim bantuan bagi membantu keluarga yang terjejas akibat wabak tersebut.

Perdana Menteri Giuseppe Conte dijangka akan menyetujui sekatan pergerakan baharu hari ini selepas jangkitan mencecah 10,000 dalam tempoh 24 jam terakhir, yang merupakan angka tertinggi ketika waktu genting penularan wabak itu semasa musim bunga.

Pakar memberi amaran bahawa virus itu sudah menjangkiti penduduk miskin dan kini telahmemenuhi wad hospital di Milan.

Itali mencatatkan lebih daripada 36,400 kematian akibat wabak tersebut, yang kedua terburuk di Eropah selepas Britain. – AFP