Jason Momoa bocor rahsia kostum baharu Aquaman

Pelakon Hollywood, Jason Momoa berkongsi foto memperlihatkan kostum adiwira yang bakal digunakan pada sekuel filem Aquaman and the Lost Kingdom akan datang.

Momoa berkongsi foto tersebut menerusi instagram miliknya baru-baru ini.

Penampilan Aquaman untuk sekual kedua jelas memberikan banyak perbezaan terutama pemilihan warna dan penggayaan rambut.

“Pusingan kedua. Kostum baharu. Lebih banyak aksi,” tulis Momoa.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada rakan artis dan peminatnya.

“Kamu terlihat sangat mengagumkan uso,” tulis Dwayne Johnson.

“Kelihatan garang,” tulis Dave Bautista.

Dikhabarkan Momoa sedang menjalankan penggambaran Aquaman 2 yang bakal ditayangkan pada 16 Disember 2022.

Selain Momoa, Aquaman and the Lost Kingdom dibintangi oleh Amber Heard, Patrick Wilson, Dolph Lundgren, Yahya Abdul-Mateen II dan Temuera Morrison. – Agensi

Jason Momoa baru-baru ini mengongsikan kostum Aquaman baharu menerusi laman Instagram miliknya. – Agensi