Jason Momoa enggan anak jadi pelakon

Bintang Aquaman, Jason Momoa, 42, enggan anak-anak mengikuti jejak langkahnya sebagai seorang pelakon.

Jason yang mempunyai dua orang anak iaitu Lola dan Nakoa-Wolf hasil perkahwinan bersama isterinya, Lisa Bonet, memberitahu beliau berharap anak-anaknya akan memilih laluan kerjaya di luar Hollywood.

“Salah seorang mereka mahu menjadi pelakon. Saya tidak mahu mereka melakukannya. Saya tidak tahu. Saya akan berusaha keras untuk menjauhkan mereka daripada bidang itu,” jelas Jason

Pelakon ini turut menjelaskan bahawa biar beliau sahaja yang merasai tekanan dalam bidang lakonan, dan tidak mahu orang yang disayanginya turut lalui perkara yang sama. – Agensi

Jason Momoa enggan anak-anak mengikuti jejak langkahnya sebagai seorang pelakon. – Agensi