Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Jason Momoa terlibat kemalangan

    Pelakon Jason Momoa terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya di California, Amerika Syarikat apabila sebuah motosikal dari arah bertentangan merempuh kereta dipandunya baru-baru ini.

    Dalam kejadian itu, penunggang motorsikal yang dikenali sebagai Vitaliy Avagimyan dikatakan memotong pada garisan kembar sebelum melanggar bahagian kiri hadapan kereta Jason.

    Pelakon Aquaman itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan dia turut membantu mangsa kejadian dengan menghubungi panggilan kecemasan.

    “Penunggang tersebut ke arah barat di Old Topanga Road, di mana motosikalnya memotong garisan berkembar dan merempuh kereta Jason dari arah bertentangan.

    “Disebabkan kejadian itu, penunggang tersebut tercampak dari motosikalnya. Jason keluar dari kenderaannya dan membantu menahan kereta lain dan menghubungi 911,” jelas wakil peronda di jalan berkenaan seperti yang dipetik dari CNN.

    Penunggang berkenaan kemudian di bawa ke sebuah hospital kerana mengalami luka ringan. – Agensi

    Jason Momoa terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya di California, bagaimanapun dia tidak mengalami sebarang kecederaan malah turut membantu mangsa kejadian dengan menghubungi panggilan kecemasan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...