Thursday, August 11, 2022
23.2 C
Brunei

Jawatan perdana menteri UK terancam

-

LONDON, 6 JULAI – Boris Johnson enggan meletak jawatan selaku perdana menteri Britain, walaupun ramai barisan kabinetnya meletak jawatan, memberinya tekanan ketika dia terpaksa berdepan dengan keberangan ahli-ahli parlimen, hari ini.

Perdana menteri yang berusia 58 tahun itu berjanji akan mencapai mandatnya tetapi jawatan yang dipegangnya itu dalam bahaya berikutan dengan peletakan jawatan Rishi Sunak sebagai menteri kewangan dan Sajid Javid berhenti sebagai setiausaha kesihatan.

Kedua-duanya berkata mereka tidak lagi mampu bertoleransi dengan skandal yang dilemparkan kepada Johnson untuk berbulan-bulan itu, termasuk dengan pelanggaran perintah kawalan pergerakan di Downing Street yang menimbulkan kemarahan penduduk, ketika mereka mesti mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Pada sesi perbincangan mingguan parlimen tersebut, kesemua ahli parlimen dari pelbagai pihak melemparkan pelbagai soalan kepada Johnson.

Beliau menepis permintaan ahli parlimen untuk meletakkan jawatannya, Johnson berkata, “tugas perdana menteri berada dalam situasi yang sukar apabila awda diberikan mandat yang untuk dilaksanakan dan itulah yang akan saya lakukan.”

Johnson berdepan dengan masalah ketika ramai menteri-menteri kabinet meletak jawatan hanya dalam tempoh 24 jam dan kemudian terpaksa berdepan dengan pelbagai soalan selama berjam-jam daripada ahli-ahli House of Commons, sebuah jawatankuasa yang kuat, termasuk dengan beberapa kritikan yang betul-betul tajam dalam pangkat kedudukan Tory.

Peletakan jawatan Sunak dan Javid berlaku hanya beberapa minit selepas Johnson memohon maaf kerana melantik Konservatif Kanan, yang berhenti daripada jawatannya dalam masa se-minggu selepas dia didakwa atas tuduhan mengganggu dua lelaki dalam keadaan mabuk.

Sementara itu, bekas setiausaha pendidikan, Nadhim Zahawi yang baharu sahaja dilantik sebagai menteri kewangan UK dengan serta-merta memberi ringkasan mengenai kewangan. “Awda tidak mendapatkan kerja ini hanya untuk hidup dengan senang,” kata Zahawi kepada Sky News. – AFP

Perdana Menteri Boris Johnson ketika meninggalkan Downing Street sebelum menghadiri parlimen untuk sesi soalan mingguan perdana menteri (PMQs). – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Hujan lebat ragut 7 nyawa

SEOUL, 9 OGOS – Terowong kereta api bawah tanah dan laluan jalan utama di ibu negara Korea Selatan, Seoul, ditenggelami air selepas hujan lebat...
- Advertisment -