Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Jawi, terjemahan menjadi aspek perbincangan KABSBM

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MEI – Seramai 142 orang telah menyertai siri Kongres Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu (KABSBM) sempena Bulan Bahasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Brunei melalui Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa pagi tadi secara maya dengan mengupas aspek bahasa bertajuk ‘Papan Tanda di Negara Brunei Darussalam: Jawi dan Terjemahan’.

    Hadir menyertai siri kongres tersebut ialah Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan; Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) KKBS, Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah; Pemangku Pengarah DBP Brunei, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, para pemakalah dari dalam dan luar negara, rakan-rakan strategik DBP, pegawai-pegawai kanan kerajaan, dan para pencinta bahasa, sastera dan budaya dari dalam dan luar negara.

    Antara yang dihuraikan dalam pembentangan kali ini ialah penggunaan tulisan Jawi yang dimestikan pada papan tanda di setiap bangunan kerajaan dan badan perniagaan, termasuk papan nama, kepala surat, papan kenyataan, poster, iklan, kain rentang, nama dan tanda jalan di Negara Brunei Darussalam seperti kenyataan dalam Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bil.21/1988.

    Selain itu, beberapa isu dan cabaran juga dihuraikan dalam pembentangan kali ini, antaranya kewujudan pelbagai nama premis perniagaan yang terlebih kreatif dan bercampur aduk.

    Penyelenggaraan KABSBM dengan tema utama ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ ini turut didukung bersama oleh rakan-rakan strategik DBP, iaitu Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Majlis Belia Brunei (MBB), ASTERAWANI Brunei dan Kumpulan Putra Seni (KPS).

    Siri pembentangan kali ke-13 ini menampilkan pemakalah dari Negara Brunei Darussalam, iaitu Pemangku Timbalan Pengarah DBP Brunei, Hajah Sariani binti Haji Ishak dan Pegawai Bahasa DBP Brunei, Awang Raieham bin Mohd Salleh.

    Manakala, pengerusi kongres pula ialah Pegawai Bahasa DBP Brunei, Hajah Norati binti Bakar. KABSBM dilaksanakan secara bersiri mulai 16 Mac hingga 22 Jun dengan pembentangan kertas kerja dua kali seminggu, iaitu setiap hari Isnin dan Rabu.

    Antara yang hadir pada siri pembentangan tersebut yang diadakan secara maya.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...