Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Jay Chou didakwa sembunyi laporan pekerja terkena COVID

    Penyanyi Jay Chou berdepan dengan kontroversi apabila dia didakwa menyembunyikan laporan kesihatan kakitangan syarikatnya yang terkena jangkitan COVID.

    Laporan menyebut, perkara itu berlaku ketika Jay dan beberapa krew berada di Australia bagi menjalani penggambaran muzik video salah sebuah lagu dalam album baharunya berjudul Greates Works of Art yang dilancarkan awal bulan ini.

    Bagaimanapun salah seorang daripada pasukan produksi telah pulang awal ke Taiwan kerana dijangkiti COVID dan individu tersebut tidak menjalani kuarantin di Australia kerana dikatakan tidak mempunyai bajet mencukupi untuk perkhidmatan hotel.

    Tidak hanya itu, ada laporan menyebut, pengarah dan jurukamera turut dijangkiti wabak tersebut namun perkara itu dirahsiakan.

    Menafikan berita yang tersebar, wakil kepada Jay memberitahu hanya seorang sahaja pasukan produksi yang terkena jangkitan pada 21 Julai dan sedang menjalani kuarantin di Australia. – Agensi

    Jay Chou berdepan dengan kontroversi apabila dia didakwa menyembunyikan laporan kesihatan kakitangan syarikatnya yang terkena jangkitan COVID. – Agensi
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...