Jazz bangkit tewaskan Cavalier

LOS ANGELES, 6 DIS – Donovan Mitchell mencatatkan jaringan tertinggi sebanyak 35 mata, Rudi Gobert dengan enam mata dan 20 rebound ketika Utah Jazz mengatasi Cleveland Cavaliers 109-108 pada hari Ahad.

Pasukan Jazz gagal mengekalkan 15 mata pendahuluan di suku keempat perlawanan dan pasukan Cavalier berpeluang menang, tetapi jaringan lompatan oleh Darius Garland tersasar dengan perlawanan hanya berbaki tiga saat. Jarret Allen cuna memasukkan bola namun gagal.

“Bola terakhir yang dipegang itu, saya tahu ia akan pergi ke Garland,” kata pertahanan Jazz Mike Conley. “Saya hanya cuba untuk mengekalkan setinggi yang mampu dan memastikan ia dipertikaikan. Saya beritahu Garland, ia seperti bertanding dengan diri sendiri.”

Gobert juga mengalami lima halangan ketika Utah mencatatkan kemenangan keempat berturut-turut. Bojan Bogdanovic telah menambah 16 mata, dan Rudy Gay memperoleh 15 mata dalam kemenangan itu.

“Itu pasukan yang sangat bagus, dan mereka sudah pasti melakukan beberapa jaringan hebat,” kata pelatih Jazz Quin Snyder. “Ia merupakan kemenangan yang bagus untuk kami.”

Aksi Donovan Mitchell menjaringkan bola sambil dikawal oleh Jarret Allen pada separuh masa pertama di perlawanan bola keranjang NBA pada 5 Disember 2021 di Cleveland. – AP

Garland mencatat 31 mata, Allen menambah 17 mata dan 11 rebound dan pemain baharu Evan Mobley menyumbang 14 mata dan 12 rebound untuk pasukan Cavelier, dengan rentak kemenangan mereka dihentikan di suku keempat.

Mobley menjaringkan enam daripada 16 jaringan dari gelanggang di 36 minit daripada masa perlawanan.

“Dia akan menjadi seorang bintang dalam liga ini tidak lama lagi,” kata Snyder mengenai Mobley.

“Dia mempunyai kelebihan daripada segi saiz, ketinggian, kepantasan dan kemahiran yang luar biasa.” Cleveland bangkit semula dengan keputusan 15-0 di suku keempat untuk menyamakan kedudukan 97-97 selepas pasukan Jazz mendahului 15 mata di awal suku terakhir.

Cedi Osman melancarkan serangan dunk, three-point dan merampas bola dengan hebat.

Pada awalnya Garland mengawal permainan pada saat terakhir tetapi tidak berjaya. Dia kecewa disebabkan lontaran three-point daripada jarak yang jauh itu tersasar, dan pasukan Jazz selamat daripada percubaan Allen seterusnya.

“Saya berlatih untuk menyempurnakan jaringan tersebut setiap hari,” kata Garland. “Rasanya sungguh baik. Saya bersikap terbuka.” – AFP