Thursday, September 28, 2023
25.9 C
Brunei

    -

    JBM UK iktiraf Program Kejuruteraan Awam UTB

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 SEPT – Universiti Teknologi Brunei (UTB) terus mencapai akreditasi profesional daripada Joint Board of Moderators (JBM), United Kingdom (UK) bagi semua program yang ditawarkan dalam bidang Program Kejuruteraan Awam di Fakulti Kejuruteraan, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan UTB hari ini, JBM mewakili lima institusi kejuruteraan profesional UK iaitu Institution of Civil Engineers; Institution of Structural Engineers; Institute of Highway Engineers; Chartered Institution of Highways and Transportation; dan Permanent Way Institution.

    Di bawah institusi itu, program-program tersebut disediakan bagi sesiapa yang ingin menjadi jurutera bertauliah atau Chartered Engineer (CEng) terlatih sepenuhnya.

    Dalam pada itu, program ijazah sarjana baharu yang diiktiraf adalah program Sarjana Sains (MSc) dalam Kejuruteraan Awam dan Sarjana Sains dalam Sumber Air dan Kejuruteraan Persekitaran, yang mana kedua-duanya diiktiraf sebagai memenuhi keperluan untuk pembelajaran lanjutan CEng bagi mereka yang sudah memiliki ijazah sarjana muda separa diiktiraf CEng.

    Oleh itu, para graduan yang telah menamatkan program BEng (Hons) dan MSc akan memenuhi keperluan pendidikan untuk menjadi jurutera bertauliah.

    UTB terus mencapai akreditasi profesional dari JBM, UK, baru-baru ini. – Gambar serahan UTB

    Program ijazah sarjana muda yang diiktiraf ialah program BEng (Hons) Kejuruteraan Awam dan BEng (Hons) Kejuruteraan Awam dengan Kejuruteraan Struktur, yang mana kedua-duanya merupakan program sepenuh masa empat tahun sekali gus bagi diiktiraf sebagai memenuhi sepenuhnya asas akademik untuk incorporated engineer dan sebahagiannya memenuhi asas pendidikan untuk jurutera bertauliah.

    Menurut Ketua Program Kejuruteraan Awam, UTB, Dr Lim Pang Jen, menjelaskan kedua-dua program ijazah sarjana muda itu mempunyai manfaat daripada hubungan kukuh dengan industri dan termasuk dua bulan latihan di organisasi tempatan atau luar negara untuk melatih graduan bekerja dengan baik dan dapat melanjutkan pengajian.

    Tambahnya, program itu terus berkembang untuk memenuhi keperluan profesional, termasuk meningkatkan tumpuan terhadap pembangunan mampan dan perubahan iklim.

    Reputasinya juga mendatangkan kebaikan dalam QS Stars, di mana Kejuruteraan Awam dan Struktur mendapat maksimum lima bintang dalam kekukuhan program.

    Manakala program MSc dalam Kejuruteraan Awam yang mula ditawarkan pengambilannya pada Julai 2021 dan memenuhi keperluan industri pembinaan, termasuk melalui penyediaan program sambilan untuk profesional yang bekerja.

    Semua modul program itu boleh diambil secara individu oleh orang ramai, melalui program kelayakan mikro pasca siswazah UTB di http://www.utb.edu.bn/triced/microcredential.html.

    Penyelaras Akreditasi UTB-JBM dan Penolong Profesor Kanan, Dr Uditha Ratnayake, turut mengongsikan, akreditasi JBM adalah berdasarkan kecukupan pengetahuan kejuruteraan awam yang diperoleh oleh graduan untuk memulakan kerjaya sebagai jurutera peringkat
    permulaan dengan mana-mana majikan kejuruteraan awam global atau tempatan.

    Semasa lawatan mereka, JBM telah menilai secara bebas hasil kerja akademik pelajar.

    Di samping itu, mereka juga mengadakan dialog dengan pelajar, kakitangan, wakil industri dan bakal majikan mengenai jangkaan, pencapaian, kebolehpasaran dan rancangan masa depan.

    Manakala itu, Profesor Kanan dan Dekan Fakulti Kejuruteraan, Profesor Ramesh Singh Kuldip Singh juga menambah bajawa kelayakan graduan diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk bekerja dan melanjutkan pelajaran, dan mereka mewujudkan kelayakan mereka ke
    arah menjadi jurutera bertauliah dan profesional.

    Dengan pencapaian itu, tambahnya, UTB menyertai pelbagai barisan universiti yang mapan di UK dan di tempat lain dari segi menyediakan pendidikan kejuruteraan awam berkualiti yang memenuhi keperluan kualiti ketat institusi kejuruteraan profesional.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kim gesa pengeluaran senjata nuklear lebih besar

    PYONGYANG, 28 SEPT - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggesa peningkatan eksponen dalam pengeluaran senjata nuklear dan agar negaranya memainkan peranan yang lebih...