Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos – Dengan hasrat memberi peluang kepada orang ramai supaya sama-sama menaburkan bakti serta membantu mereka yang memerlukan, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) mengadakan kempen menderma darah yang berlangsung di Dewan Serba Guna, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas pada 11 Ogos ini.
Kempen yang diadakan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun JBP ke-58 itu akan diadakan bermula pukul 9 pagi hingga 11 pagi.
Sehubungan dengan itu, pihak JBP mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk sama-sama menaburkan bakti dengan mendermakan darah semasa kempen itu nanti.
Semasa kempen itu juga, para penderma yang berjaya untuk menderma darah akan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dalam acara cabutan bertuah.