JBP anjur Majlis Doa Kesyukuran

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Seramai lebih 150 orang pegawai dan anggota bomba dan penyelamat telah menghadiri Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat ke-60, tahun 2020 yang dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) bertempat di Surau Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Jalan Landasan Lama Berakas.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis petang tadi ialah Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-undang) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Lim Hock Guan, pegawai kanan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, penolong-penolong pengarah, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota serta kakitangan di JBP dan pemangku pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Sunat Hajat dan sembahyang Fardu Asar berjemaah yang diimamkan oleh Ketua Guru Ugama JBP, Haji Othman bin Awang Asat.
Acara diteruskan dengan bacaan Surah Yasin, Ratib Al-Attas serta Doa Kesyukuran.

Awang Mohd Amir Hairil, Lim Hock Guan bersama para hadirin semasa majlis berkenaan.