Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    JBP sambut Hari Bomba ke-62

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) hari ini, telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin, Ratib Al-Attas dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Bomba, JBP ke-62 bertempat di Surau Ibu Pejabat JBP, Landasan Lama Berakas. 

    Lebih 70 orang pegawai dan anggota telah menghadiri majlis tersebut di mana hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-undang) di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud.

    Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Lim Hock Guan, penolong-penolong pengarah, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota dan kakitangan di JBP.

    Atur cara majlis dimulakan dengan membaca Surah Yasin, Ratib Al-Attas, Doa Kesyukuran dan seterusnya doa penutup yang dibacakan oleh Ketua Guru Agama JBP, Haji Othman bin Haji Asat.

    Awang Mohd Amir Hairil bersama pemangku pengarah bomba dan penyelamat, penolong-penolong pengarah, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota dan kakitangan di JBP hadir pada majlis sambutan tersebut. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...