Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    JBP sambut ulang tahun ke-62

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MEI – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah mencecah usia 62 tahun dengan Majlis Sambutan Hari Bomba dan Penyelamat yang berlangsung di Dewan JBP, kelmarin.

    Majlis tahun ini menyaksikan penyampaian anugerah balai contoh kepada Balai Bomba Muara dan anugerah penghargaan Masyarakat Berjasa kepada enam orang penerima.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong yang juga menyempurnakan penyampaian sijil kepada para penerima.

    Terdahulu pada majlis penyampaian sijil itu, upacara perbarisan sebagai acara kemuncak sambutan telah diadakan di Padang Kawad Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat.

    Ketibaan tetamu kehormat pada majlis itu dialu-alukan oleh Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Lim Hock Guan dan seterusnya menerima tabik hormat panglima dan memeriksa perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada 32 orang.

    Tema sambutan pada tahun ini ialah ‘Keselamatan Kebakaran Tanggungjawab Bersama’ yang bertujuan untuk meningkatkan lagi aspek keselamatan, kesedaran dan bahaya kebakaran yang mana dengan mengamalkan aspek tersebut akan dapat mengurangkan kadar kejadian, kerugian serta kehilangan jiwa daripada berlaku.

    Pada majlis itu, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menandatangani lembaran kenangan sekali gus menerima cenderahati yang disampaikan oleh pemangku pengarah bomba dan penyelamat sebelum majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyampaikan sijil kepada salah seorang penerima awam.
    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyampaikan sijil pada majls sambutan yang berlangsung di Dewan JBP, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...