Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    JBP turut semarak Ramadan dengan majlis tadarus

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) tidak ketinggalan menyemarakkan bulan Ramadan yang suci ini dengan majlis tadarus Al-Quran di mana majlis pembukaannya telah diadakan di Surau Ibu Pejabat JBP pada 6 April lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JBP, di sini, majlis diadakan bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang mulia dengan penuh keberkatan dengan memperbanyakkan amal ibadat bagi mendapatkan ganjaran pahala yang berlipat ganda dari Allah SWT di samping menjalankan tugas harian yang sedia ada.

    Majlis Pembukaan Tadarus Al-Quran dipimpin oleh Ketua Guru Agama JBP, Haji Othman bin Haji Asat dan diikuti oleh Penolong Pengarah Teknikal, Awang Nohi Irwan Surkarki bin Haji Pawi serta pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota serta kakitangan JBP.

    Awang Nohi Irwan Surkarki semasa menyertai majlis pembukaan tadarus Al-Quran di Surau Ibu Pejabat JBP. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...