JD.com kumpul AS$3.9B di bursa Hong Kong

HONG KONG, 12 JUN – Syarikat gergasi e-dagang China JD.com berkata hari ini ia mengumpul HK$30.1 bilion dalam tawaran awam di Hong Kong, menjadikannya tawaran kedua terbesar di dunia setakat ini pada tahun ini.

Penjualan besar diadakan tatkala syarikat China menjauhkan diri dari Wall Street disebabkan ketegangan meningkat di antara Washington dan Beijing.

Rakan firma teknologi China NetEase mengumpul AS$2.7 bilion di bandar itu pada awal bulan ini, mengakhiri beberapa minggu yang sibuk di bursa saham meskipun kebimbangan mengenai pelan Beijing untuk mengenakan undang-undang keselamatan negara ke atas hab kewangan itu.

JD.com, yang disenarai di Nasdaq di New York pada 2014, menetapkan harga 133 juta
saham baharu pada HK$226 setiap satu saham, kata syarikat dalam satu kenyataan hari ini.

Perniagaan di Hong Kong dijangka bermula pada 18 Jun.

Ia juga boleh menjual 19.95 juta saham baharu tambahan pada harga tawaran sebagai satu opsyen peruntukan lebih, dari 11 Jun sehingga 30 hari selepas itu. – AFP