Tuesday, August 9, 2022
29.7 C
Brunei

JDT, Kawasaki Frontale berkongsi mata

-

ISKANDAR PUTERI, 22 APRIL – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mendahului Kumpulan I, Liga Juara-juara Asia (ACL), selepas seri 0-0 dengan pendahulu Liga J1 Kawasaki Frontale dalam perlawanan sengit di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini.

Keputusan seri itu membolehkan JDT mengutip tujuh mata selepas tiga perlawanan, manakala Kawasaki Frontale di tempat kedua dengan lima mata, Ulsan Hyundai yang mengutip empat mata di tempat ketiga manakala Guangzhou FC di tempat terakhir selepas gagal mengutip sebarang mata.

Pada perlawanan malam ini menyaksikan kedua-dua pasukan saling mengatur serangan bagi memburu gol, sebaik sahaja wisel perlawanan ditiup pengadil.

Beberapa siri serangan awal skuad kendalian Toru Oniki hampir menerjah gawang, namun kebanyakannya tersasar.

Beberapa peluang mencetak gol hampir dilakar skuad Harimau Selatan pada saat-saat akhir babak pertama oleh pemain pertahanan JDT Leandro Velazquez, namun tendangan jauhnya tidak cukup kuat untuk membolosi pintu gol lawan, manakala rembatan Bergson Da Silva sedikit tersasar ke pintu kanan gol lawan pada minit ke-40. 

Keputusan kekal 0-0 hingga tamat separuh masa pertama. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -