Sunday, December 8, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    JDT mengganas di laman sendiri

    JOHOR BAHRU, 15 Feb – Beraksi di laman sendiri memberi kelebihan kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila membenam wakil dari Indonesia, Persija Jakarta 3-0 dalam saingan Kumpulan H Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini, semalam.

    Pada perlawanan tersebut, JDT lebih banyak menguasai permainan dan seawal 30 saat permainan bermula, benteng pertahanan pasukan pelawat diasak menerusi percubaan Jorge Pereyra Diaz, diikuti serangan demi serangan daripada pemain tuan rumah.

    Usaha keras JDT akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-29 setelah Ahmad Hazwan Bakri berjaya menyempurnakan hantaran Mohd Azrif Nasrulhaq untuk meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan.

    Gol tersebut ternyata menaikkan semangat pemain skuad Harimau Selatan dan berpunca daripada kelalaian penjaga gol Persija, Andritany Ardhiyasa, Pereyra Diaz bijak menyumbat masuk gol kedua JDT pada minit ke 41.

    Bersambung babak kedua permainan, Persija cuba bangkit merapatkan kedudukan, tetapi percubaan mereka gagal. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda