Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    JDT tundukkan Ulsan Hyundai

    ISKANDAR PUTERI, 19 APRIL – Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan kehebatannya selepas menewaskan Ulsan Hyundai FC 2-1 dalam perlawanan Liga Juara-juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini. 

    Harimau Selatan bermula dengan agresif dan mengejutkan pasukan bim-bingan Hong Myung Bo hanya selepas tiga minit permainan bermula menerusi rembatan kencang Fernando Forestieri dari luar kotak penalti  yang menewaskan penjaga gawang Jo Hyeonwoo.

    Pasukan pelawat yang terpaksa bermain mengikut rentak JDT, gagal untuk mengatasi pertahanan JDT.

    Pada babak kedua, Hong melakukan perubahan taktikal dengan menggantikan pemain tengah  Yun Illok dan pemain pertahanan Lee Myung Jae pada minit ke-46 dan percaturannya membuahkan hasil apabila pemain gantian Um Wonsang dan Seol Youngwoo berganding tenaga untuk mendapatkan gol penyamaan enam munit kemudian.

    Um menyempurnakan hantaran daripada Seol Youngwoo. 

    Bergson Da Silva, yang melakukan hatrik pada perlawanan sebelum ini, sekali lagi muncul sebagai hero untuk JDT selepas beliau menyempurnakan hantaran Safawi Rasid pada mini ke-79. 

    Dengan kemenangan kedua ini, JDT kini mendahului Kumpulan I dengan enam mata, diikuti Kawasaki Frontale dengan empat mata selepas kelab dari Jepun itu membelasah Guangzhou FC dari China 8-0 dalam satu lagi perlawanan terdahulu di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos di sini hari ini.

    Kawasaki Frontale memperoleh gol mereka menerusi Kei Chinen pada minit ketujuh dan minit ke-12. Manakala, Shintaro Kurumaya (minit ke-16, minit ke-71), Yu Kobayashi (minit ke-22, minit ke-39), Ten Miyagi (minit ke-50) dan Chanathip Songkrasin (minit ke-68). – Bernama

    Reaksi Fernando Forestier meraikan jaringan bersama rakan pasukan ketika menentang Ulsan Hyundai pada perlawanan ACL bagi kumpulan I di stadium Sultan Ibrahim. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...