Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jedinak kembali bersama Socceroo

    SYDNEY, 19 Sept – Australia menerima peningkatan hari ini dengan kapten pasukan Mile Jedinak (gambar) dinamakan dalam skuad untuk menghadapi persaingan playoff Piala Dunia menentang Syria selepas tidak beraksi dalam kelayakan kerana mengalami kecederaan.

    Masalah selangkang memaksa bintang Aston Villa itu keluar dari pertembungan Socceroo menentang Jepun dan Thailand, di mana mereka gagal layak secara automatik ke Rusia selepas tewas kepada Arab Saudi menerusi perbezaan jaringan.

    Mereka sekarang menghadapi playoff menentang Syria dengan perlawanan pertama pada 5 Oktober di Malaysia sebelum aksi timbal balik di Sydney lima hari kemudian.

    Dua puluh dua dari 23 pemain dalam skuad menentang Jepun-Thailand dilibatkan di kalangan 30 pemain yang dinamakan semalam dengan Jedinak yang berpangkalan di Eropah, Aziz Behich, Mark Birighitti, Craig Goodwin, James Jeggo dan Nikita Rukavytsya juga dihubungi.

    Pertahanan Matthew Jurman Suwon Bluewings dari Korea Selatan dan Josh Risdon dari Western Sydney Wanderer juga dipanggil.

    “Terdapat perubahan dari perlawanan lalu jadi kami fokus untuk perlawanan yang akan datang menentang Syria,” kata jurulatih Ange Postecoglou.

    “Pemain yang kami pilih bagi perlawanan penting semuanya sudah beraksi dalam beberapa perlawanan kelab mereka dalam tempoh dua minggu dan saya yakin mana-mana pemain akan mampu melakukan tugas mereka bulan depan..”

    Pemenang akan menentang pasukan tangga keempat dari rantau CONCACAF di gelanggang sendiri dan di gelanggang luar November ini bagi merebut tempat Piala Dunia 2018 di Rusia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda