Jee aktif di dapur ketika Ramadan

Penyanyi jelita, Fauziah Latiff mengaku tewas dengan keenakan entri makanan dalam media sosial sepanjang Ramadan.

Fauziah yang mesra disapa Jee berkata, perkongsian aneka juadah itu mendorong dirinya memasak untuk berbuka puasa dan sahur.

“Saya suka memasak tetapi tidaklah pakar. Semuanya ikut ‘mood’. Lagipun, saya tinggal sendirian, jadi makan apa yang ada saja.

“Mi segera pun saya layan, cuma janganlah diamalkan selalu,” katanya kepada media.

Jee berkata, dia boleh memasak untuk menjamu kawan di rumah, tetapi skil di dapur tidaklah hebat.

Fauziah yang mesra disapa Jee berkata, perkongsian aneka juadah itu mendorong dirinya memasak untuk berbuka puasa dan sahur. – Agensi

“Bolehlah kalau hendak menjamu kawan dan sesekali menunjukkan skil terpendam di dapur… Janji yang makan tak sakit perut,” katanya.

Jee berkata, dia sering merujuk kepada Instagram dan YouTube andai buntu mencari resipi.

Ditanya juadah pilihan ketika berbuka puasa, Jee menggemari nasi goreng kampung.

“Juadah ini sangat ringkas dan mudah disediakan. Tumis bawang putih dan bawang merah bersama udang kering.

“Masukkan sayur seperti brokoli atau sayur lain yang dipotong kecil bersama nasi. Jangan lupa letak cili api,” katanya. – Agensi