DETROIT, 16 Jan – CEO Fiat Chrysler (FCA) Sergio Marchionne menolak spekulasi bahawa dia mungkin akan menjual kumpulan terkenal, Jeep dan meramal pelan strategik masa depan pada Jun ini.
“Kami tidak akan memecahkan segalanya,” menurut Marchionne semasa sesi soal jawab dengan wartawan di Pameran Auto Detroit. Dia juga menegaskan pendirian syarikat, berkata ‘tidak’, apabila ditanya adakah dia akan menjual Jeep.
Wall Street memberitahu bahawa FCA mungkin menjual atau memusingkan beberapa unit sementara menerokai sekutunya. Spekulasi itu sekali gus meningkatkan saham syarikat minggu lepas.
CEO yang kini dalam persaraan juga menjangkakan pelan strategik baru yang akan diumumkan pada akhir Jun ini diikuti dengan pengumuman mengenai siapakah yang akan menjadi penggantinya.
Marchionne memberi bayangan: CEO seterusnya akan terdiri dari kalangan peringkat C Suite.
“Pengganti saya akan datang dari peringkat itu,” katanya sekali gus menambah, hanya lelaki yang akan mengisi jawatan itu.
Syarikat itu bergelut untuk mengukuhkan kembali prestasi kewangan dan membayar segala hutang sehingga 2018, katanya dan akan membentang pelan strategik pada 1 Jun nanti. Tarikh tersebut merupakan hari ulang tahun Marchionne mengambil alih Fiat.
CEO juga menilai pemotongan cukai AS yang bernilai lebih kurang AS$1 bilion untuk FCA. Dia berkata pemotongan itu akan memastikan peningkatan ekonomi dan menawarkan keyakinan pada masa depan.
“Itulah apa yang kami tunggu sebagai pengeluar kereta di Amerika Syarikat. Saya rasa ada beberapa keputusan yang perlu diselesaikan.”
Marchionne menyambut baik pemotongan itu dengan keputusannya untuk memindahkan penghasilan trak Ram kembali ke Amerika Syarikat. Ia telah dihantar ke Mexico sejak sekian lamanya.
“Saya rasa ia tidak patut pergi. Ia kepunyaan negara ini,” kata Marchionne. – AFP