Thursday, March 23, 2023
22.9 C
Brunei

-

Jefri Nichol selesa jadi diri sendiri

Merasa terbeban dengan pandangan dan harapan peminat, pelakon Jefri Nichol memberitahu tidak mahu dirinya dijadikan seperti boneka.

Menurut Jefri, cukuplah peminat sekadar memujanya dari sudut lakonan yang ditampilkan dan bukan tentang kisah peribadi.

“Saya lebih senang menjadi diri sendiri tanpa ada sebarang paksaan.

“Jika hanya mengikut kata orang saya rasakan diri ini seperti boneka. Itu bukan diri saya yang sebenar.

“Saya penat dengan hidup yang hanya mahu memenuhi pandangan orang lain. Ia menjadi satu beban buat saya.

“Peminat hanya suka saya menerusi watak dalam lakonan, selebihnya di belakang kamera adalah urusan saya sendiri,” ujar Jefri dipetik dari Detik Hot.

Kata pelakon filem Dear Nathan ini juga, dia punya alasan tersendiri atas setiap tindakan yang dilakukan.

“Dalam hidup ini tidak hanya ada hitam dan putih.

“Jika saya berubah menjadi seseorang yang tidak memenuhi kehendak semua, maka saya ada alasan sendiri atas setiap tindakan yang dilakukan.

“Saya sifatkan diri saya sebagai seorang yang progesif menuju ke arah yang lebih baik,” jelasnya. – Agensi

Menurut Jefri, cukuplah peminat sekadar memujanya dari sudut lakonan yang ditampilkan dan bukan tentang kisah peribadi. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -