Jejak kasih selepas 70 tahun

DHAKA, 28 SEPT – Seorang lelaki Bangladesh berusia 80an, bersatu dengan ibunya yang berusia hampir 100 tahun selepas 70 tahun, terima kasih kepada media sosial.

Abdul Kuddus Munsi dihantar tinggal bersama bapa saudaranya semasa berusia 10 tahun, namun putus hubungan dengan keluarganya selepas melarikan diri dan dijadikan anak angkat oleh dua beradik perempuan.

“Ini adalah hari paling gembira dalam hidup saya,” Kuddus, 82, memberitahu AFP dari Brahmanbaria, daerah timur di sempadan di mana dia dilahirkan dalam 1939.

Dalam April, seorang ahli perniagaan menyiarkan video Kuddus di Facebook, merayu membantu mencari keluarganya.

Satu-satunya yang diingati Kuddus mengenai dekad pertama kehidupannya ialah nama ibu bapa dan kampungnya.

Abdul Kuddus Munsi (kiri) berbual dengan ibunya, Mongola Nessa di Brahmanbaria, yang bersatu semula selepas terpisah selama 70 tahun. – AFP

Seorang saudara jauh di kampung itu menemui video itu dan memaklumkan Kuddus bahawa ibunya, Mongola Nessa, yang dikiranya berusia lewat 90an, masih hidup.

Maka Kuddus – bapa kepada tiga anak lelaki dan lima perempuan dewasa – mengembara kira-kira 350km dari bandar barat Rajshahi untuk meleraikan kerengganan selama berdekad-dekad.

Pada hujung minggu, dia akhirnya bersatu dengan ibunya, yang mengenalinya dengan tanda lahir di tangannya dan juga kakaknya.

“Ibu saya sangat tua dan dia tidak dapat bercakap dengan baik,” tambahnya.

“Dia menangis selepas melihat saya dan menggenggam tangan saya. Saya memberitahunya, anak lelaki mak sudah balik dan dia sudah tidak perlu bimbang apa-apa bermula sekarang.” – AFP