Tuesday, February 18, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jejaka ‘maskulin’ takluk hati Wanna

    Pelakon Wanna Ali, 28, akhirnya dipertemukan dengan lelaki yang benar-benar ditakdirkan buatnya.

    Difahamkan, pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu kini menghitung hari bakal bergelar raja sehari. Dan memilih anak bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Khairil Amri Khalid sebagai teman hidupnya.

    Wanna tidak menafikan bakal bertukar status sebagai isteri dalam masa terdekat, namun, enggan berkongsi secara terperinci mengenai hari bahagianya.

    “Saya merasakan sudah tiba masa untuk melangkah ke alam perkahwinan.

    “Bagaimanapun, saya hanya berkongsi kepada sesiapa yang mengajukan persoalan mengenainya.

    Wanna tidak menafikan bakal bertukar status sebagai isteri dalam masa terdekat, namun, enggan berkongsi secara terperinci mengenai hari bahagianya. – mStar

    “Diakui, memang ramai tidak tahu. Namun, sebenarnya, saya bukan hendak berahsia sangat, cuma tidak mendedahkan bakal suami di khalayak atau berkongsi kisah cinta.

    “Siapa yang datang berjumpa dan tanya, mereka akan tahu,” katanya kepada BH Online.

    Mengulas khabar angin bakal naik pelamin, bulan ini, Wanna enggan berkongsi lanjut.

    “Cukuplah sekadar saya katakan sudah berpunya. Mengenai tarikh hari bahagia dan persiapan perkahwinan, biarlah ia menjadi rahsia buat masa ini.

    “Saya pasti akan mengumumkannya apabila sampai masa.

    “Apa yang boleh dikatakan, saya kini diulit bahagia.

    “Khairil Amri hanya insan biasa yang memiliki ciri-ciri lelaki idaman, sekali gus calon paling tepat dijadikan teman sehidup semati.

    “Dia lelaki maskulin, sangat baik dan bercita-cita tinggi. Dia sangat sempurna di mata saya,” katanya.

    Ditanya kesediaan bergelar isteri, Wanna berkata, sudah tiba masa untuknya melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan.

    “Dalam hati, saya sudah bersedia bergelar isteri.

    “Sudah sampai masanya saya melangkah ke alam perkahwinan pada usia menghampiri 30an.

    “Namun, saya masih belum berbincang soal kerjaya lakonan selepas jadi isteri. Saya hanya jalani kehidupan seperti biasa dan masih sibuk di lokasi penggambaran,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda