Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Jeju Air sambung penerbangan Busan-Singapura

    SEOUL, 9 MEI – Syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Korea Selatan, Jeju Air Co., akan menyambung semula penerbangan Busan-Singapura bermula Jun.

    Jeju Air akan menawarkan dua penerbangan seminggu mulai 24 Jun selepas menggantung perkhidmatan itu sejak 28 bulan lepas akibat pandemik COVID-19, lapor Agensi Berita Yonhap memetik kenyataan syarikat berkenaan.

    Jeju Air juga merancang menyambung semula penerbangan Busan-Bangkok dua kali seminggu bermula penghujung Jun.

    Sementara itu, penerbangan dari Incheon ke Saipan akan disambung semula pada Julai dan Guam pada November. Penerbangan dari Incheon ke Weihai dan Harbin di China, Cebu dan Clark dari Filipina serta Osaka sudah pun dibuka semula.

    Sebelum pandemik melanda, Jeju Air mengendalikan 39 pesawat sewa khas B737-800 di 87 laluan, termasuk enam penerbangan domestik.- Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...