Jeju siap siaga hadapi Chanthu

SEOUL, 16 SEPT – Jeju bersiap siaga menghadapi Taufan Chanthu, yang diramal membadai pulau peranginan itu dengan kelajuan angin maksimum 29 meter per saat, lapor agensi berita Yonhap.

Pentadbiran Meteorologi Korea meramalkan Chanthu akan ber-gerak menghampiri pusat peranginan itu sekitar 8 pagi Jumaat.

Kerajaan tempatan Jeju kini memasuki mod kecemasan, agensi keselamatan yang berkaitan sudah diarah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti banjir.

Hujan lebat dan angin kencang dijangka berterusan di Jeju dan bahagian selatan, termasuk wilayah Jeolla dan Gyeongsang, dengan risiko banjir kilat, tanah runtuh dan kerosakan pada struktur.

Sementara itu, curahan hujan mencecah sehingga 400 milimeter dijangka berterusan di pulau itu pada Khamis, disertai angin kencang 30 hingga 40 meter per saat. – Bernama