Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jelaga hitam menyelubungi persekitaran Nigeria

    NIGERIA – Bandar raya Nigeria, Port Harcourt sebelum ini dikenali sebagai ‘The Garden City’ di mana kebanyakan pokok-pokok kelapa melambung tinggi dengan ruang hijau yang kelihatan mekar namun sejak kebelakangan ini, satu fenomena telah terjadi di bandar raya tersebut di mana jelaga hitam telah jatuh dari udara, menakutkan segelintir penduduk malah telah menimbulkan kemarahan kerana sebuah hab minyak terletak di kawasan tersebut.

    Hab tersebut didakwa kerana tidak ada satu inisiatif dilakukan bagi melindungi tahap kesihatan mereka. “Anda telah mengantungkan pakaian anda di luar rumah, namun hanya beberapa jam kemudian, ia akan menjadi hitam malah jika anda lihat keadaan lantai, warna hitam akan kelihatan,” kata Steven Obodekwe, seorang penduduk Port Harcourt dan aktivis alam sekitar kepada wartawan AFP.

    Fenomena jelaga itu muncul pada bulan November tahun lepas di mana awan telah bertukar menjadi kabur dan berwarna kelabu malah lebih ramai penduduk kelihatan menggunakan topeng untuk melindungi muka mereka. “Jelaga itu kebanyakannya turun pada waktu pagi kerana setiap pagi, saya akan menyapu permukaan kereta saya dan mendapati jelaga itu masih ada,” kata Tamuno Alobari kepada wartawan AFP.

    “Apabila saya selesai menggosok gigi pada waktu pagi dan cuba untuk mem-bersihkan tekak saya, saya kebiasaannya mendapati kahak gelap dan situasi ini membimbangkan saya,” kata isteri Tamuno, Timi Isiayei kepada wartawan.

    Jerebu berasap dan toksik ini adalah satu fenomena yang kerap berlaku di negara-negara yang sedang membangun dan mempunyai ramai penduduk seperti India dan juga China.

    Jerebu berasap dan toksik ini adalah satu fenomena yang kerap berlaku di negara-negara yang sedang membangun dan mempunyai ramai penduduk seperti Nigeria. – AFP
    Jerebu berasap dan toksik ini adalah satu fenomena yang kerap berlaku di negara-negara yang sedang membangun dan mempunyai ramai penduduk seperti Nigeria. – AFP
    Fenomena jelaga itu mula melanda pada bulan November tahun lepas di mana awan telah bertukar menjadi kabur dan berwarna kelabu. – AFP
    Fenomena jelaga itu mula melanda pada bulan November tahun lepas di mana awan telah bertukar menjadi kabur dan berwarna kelabu. – AFP

    Pihak kerajaan di wilayah Ribers di mana Port Harcourt merupakan ibu kota Nigeria, telah menggesa penduduk untuk tidak panik dan telah menubuhkan beberapa pasukan petugas untuk menyiasat situasi itu.

    Kementerian Alam Sekitar Persekutuan di negara itu telah mengisytiharkan darurat pencemaran udara dan memberi amaran kepada penduduk untuk sentiasa menutup pintu dan juga tingkap.

    Asal usul misteri

    Baru-baru ini telah gempar di media sosial dengan ‘Hastag #stopTheSoot’ di negara itu di mana penduduk berkongsi gambar-gambar tangan dan kaki mereka yang diliputi dengan debu hitam dan protes bagi gerakan membantah telah dianjurkan bagi menangani masalah tersebut.

    Membakar tayar bagi tembaga sekerap dan kilang penapis minyak secara haram telah dipersalahkan di kawasan tersebut.

    Hasil minyak adalah penting kepada perkembangan ekonomi negara itu dengan mencatatkan sebanyak 70 peratus daripada pendapatan kerajaan dan sebanyak 90 peratus daripada pertukaran asing.

    Namun beberapa dekad penerokaan dan tumpahan telah mencemarkan tanah ladang dan kebanyakan stok ikan mengalami risiko kematian terutama di sekitar anak sungai Port Harcourt dan di seluruh rantau Delta Niger.

    Kecurian minyak mentah kerap dilencongkan ke kilang penapis yang menyalahi undang-undang yang ditubuhkan dalam belukar untuk dijadikan petrol dan juga diesel.

    “Daripada siasatan yang dijalankan setakat ini, kita sedar bahawa ia adalah hasil daripada aktiviti penerokaan haram seperti aktiviti bunkering minyak secara haram,” kata pegawai peraturan persekitaran, Emeka Aniamaka.

    Bandar Onitsha yang terletak 200 kilometer di utara Port Harcourt pada bulan Mei tahun lalu telah dinamakan sebagai kawasan yang mempunyai tahap pencemaran udara yang paling teruk. – AFP
    Bandar Onitsha yang terletak 200 kilometer di utara Port Harcourt pada bulan Mei tahun lalu telah dinamakan sebagai kawasan yang mempunyai tahap pencemaran udara yang paling teruk. – AFP

    Namun, Kementerian Alam Sekitar telah mengesyorkan sebab yang lain selepas pesanan penutupan loji asfalt pemprosesan berkata bahawa ia adalah bahan kimia yang keluar bersama asap tebal daripada operasinya.

    Masalah kesihatan

    Pada tahun 2015, Bank Dunia berkata bahawa 94 peratus daripada warga Nigeria terkena tahap pencemaran udara yang melebihi garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

    Kualiti udara bertambah buruk dengan menggunakan generator untuk membuat jurang dalam bekalan dari grid elektrik negara dan petrol yang

    mengandungi sulfur yang tinggi. Asap toksik juga berasal daripada pembakaran sampah.

    Bandar Onitsha yang terletak 200 kilometer di utara Port Harcourt pada bulan Mei tahun lalu telah dinamakan sebagai kawasan yang mempunyai tahap pencemaran udara yang paling teruk. Pencemaran itu berlaku dan boleh datang dari asap, habuk, jelaga, ekzos kenderaan dan industri.

    Para doktor di Port Harcourt telah mengatakan bahawa mereka telah melihat beberapa kesan-kesan terhadap fenomena jelaga. Kebanyakan penduduk menghadapi masalah pernafasan termasuk asma.

    Kanak-kanak dan warga tua adalah paling berisiko yang tinggi. Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan kira-kira 600,000 orang mati di Afrika setiap tahun akibat pencemaran udara.

    Para aktivis alam sekitar juga telah memberikan amaran kerana jelaga telah didapati mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang menyebabkan hujan asid apabila digabungkan dengan kelembapan.

    Namun Obodekwe yang bekerja di Pusat NGO Alam Sekitar berkata bahawa berkemungkinan besar tidak ada peraturan baru akan dilaksanakan. “Banyak dasar alam sekitar tidak pernah dikuatkuasakan disebabkan oleh politik dan situasi ini akan bertambah teruk jika mereka tidak memahami implikasi serangan ke atas alam sekitar yang harus diambil perhatian serius,” tambah Obodekwe mengakhiri temu ramah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda