Jelajah Adria: Coric bidas kecaman kyrgios

ZAGREB, 29 JULAI – Coric telah membidas balik kritikan Nick Kyrgios kerana menyelar mereka yang mengambil bahagian dalam kejohanan tenis Jelajah Adria yang tidak bernasib baik yang dianjurkan oleh Novak Djokovic, dengan mengatakan pemain dari Australia itu sebagai tidak munasabah.

Coric, 23, adalah salah seorang daripada empat pemain yang disahkan positif COVID-19 pada kejohanan di Balkan bulan lalu itu, bersama pemain nombor satu dunia, Djokovic, Viktor Troicki dan pemain nombor ke-19, Grigor Dimitrov.

Kyrgios mengkritik sesiapa sahaja yang bermain dalam kejohanan itu dan menganggap keputusan untuk mengadakan pertandingan itu kurang bijak. Pemain berusia 25 tahun itu juga mengkritik Djokovic dan pemain terkenal yang lain kerana sebagai tidak berfikir dengan bijak dan tingkah laku mereka sangat berisiko.

“Saya membaca apa yang ditulisnya, tetapi saya tidak peduli kerana dia suka menjadi ‘jeneral setelah perperangan’,” kata Coric ketika diminta mengulas kritikan Kyrgios itu.

“Sekiranya orang lain mengajar pelajaran, saya mungkin akan mengerti, tetapi Kyrgios… Entah dia tidak realistik.

Coric, salah seorang daripada empat pemain yang disahkan positif COVID-19 pada kejohanan di Balkan bulan lalu itu membidas balik kritikan Nick Kyrgios kerana menyertai kejohanan Jelajah Adria. – AP

“Tapi ok, itu kelakuannya, begitulah cara dia, saya tidak mempunyai masalah dengan itu dan itu juga tidak mengganggu saya secara peribadi.”

Kyrgios juga mengecam Alexander Zverev yang ‘mementingkan diri sendiri’ setelah dia dilihat berpesta walaupun berjanji akan mengasingkan diri setelah mengikuti Jelajah Adria Djokovic.

“Saya setuju itu tidak baik, Zverev melakukan perkara yang tidak baik, tetapi saya tidak perlu mengkritik rakan seperjuangan sedemikian rupa.

“Saya tidak akan melakukannya, tetapi sekali lagi itu adalah Kyrgios,” kata pemain Croatia berusia 23 tahun itu.

Coric, pemain nombor 33 dunia, mengatakan bahawa dia sangat terkejut dengan ujian positifnya dan menambah bahawa dalam dua minggu berikutnya dia sama sekali tidak mengalami simptom gejala. – AFP