Friday, December 6, 2024
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jelajah Kerjaya 2024 bermula di Daerah Belait

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 6 NOV – JobCentre Brunei (JCB) telah menganjurkan Jelajah Kerjaya 2024 di Daerah Belait bermula hari ini yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Kampung Pandan.

    Sebanyak 19 buah syarikat telah dijemput untuk menyediakan petak bagi pencari kerja mendapatkan maklumat lanjut.

    Antara syarikat tersebut ialah Deladi Petroleum, Megalift Sdn Bhd, Maersk H2S Safety Services, KMST Sdn Bhd, GoMamam, Tendrill International, Perusahaan Wangsa Suka Sdn Bhd, Royal Brunei Culinary, Ghanim International Corporation Sdn Bhd, NEM Sdn Bhd, SPHI KsubSea (B) Sdn Bhd, Serikandi Group of Companies, Bersih Solutions, SPHI Foods, PTAS Aker Solution Sdn Bhd, Aegis Secure Solutions, BR-Patrick Agency, Trillion Sdn bhd dan Frescho Group of Restaurants.

    Selain itu, tiga buah agensi kerajaan, terdiri daripada Jabatan Tenaga Kerja, Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (L3C), dan Jabatan Daerah Belait turut menyediakan petak masing-masing semasa acara itu. JCB menasihati para pengunjung untuk mendaftar sebagai pencari kerja di portal mereka, dan memastikan CV adalah dalam keadaan terkini.

    Maklumat lanjut mengenai jelajah kerjaya itu boleh didapati di Instagram JCB @jobcentrebrunei Jelajah Kerjaya 2024 bagi Daerah Belait dijadual diadakan sehingga esok dari 9 pagi hingga 4 petang sebelum bergerak ke Daerah Tutong pada 11 dan 12 November di Balai Raya Seri Kenangan dari 9 pagi hingga 4 petang.

    Di samping itu, jelajah kerjaya yang sama juga akan diadakan di Daerah Temburong pada 13 November di Dewan Kemasyarakatan Belalong, manakala bagi Daerah Brunei Muara dari 14 hingga 17 November di Dewan Munawwarah dan Mawwadah di Bangunan Setia Point.

    Suasana Jelajah Kerjaya 2024 yang berlangsung di Daerah Belait. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Antara pencari kerja semasa mengunjungi salah satu petak pada jelajah kerjaya tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda