Friday, December 6, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jelajah Kerjaya 2024 diteruskan di Daerah Tutong

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    TUTONG, 11 NOV – JobCentre Brunei (JCB) telah meneruskan Jelajah Kerjaya 2024 di Daerah Tutong bermula hari ini yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Seri Kenangan, Daerah Tutong sehingga esok.

    Sebanyak 11 buah syarikat telah dijemput untuk menyediakan petak bagi pencari kerja mendapatkan maklumat lanjut.

    Antara syarikat tersebut ialah Dart Logistics Sdn Bhd, Perusahaan Wangsa Suka Sdn Bhd, Royal Brunei Culinary, Ghanim International Corporation Sdn Bhd, Megalift Sdn Bhd, Maersk H2S Safety Services, GoMamam, BR-Patrick Agency, Trillion Company, Sim Kim Huat Trading Co Sdn Bhd dan PDS Abattoir Sdn Bhd.

    Selain itu, tiga buah agensi kerajaan, terdiri daripada Jabatan Buruh, Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (L3C), dan Pejabat Perancangan Tenaga Manusia (PPTM) turut menyediakan petak masing-masing semasa acara itu.

    JCB menasihati para pengunjung untuk mendaftar sebagai pencari kerja di portal mereka dan memastikan CV adalah dalam keadaan terkini.

    Jelajah Kerjaya 2024 bagi Daerah Tutong bermula dari 9 pagi hingga 4 petang sebelum bergerak ke Daerah Temburong pada 13 November di Dewan Kemasyarakatan Belalong dan diikuti penganjurannya di Dewan Munawwarah dan Mawwadah, Bangunan Setia Point, Daerah Brunei dan Muara pada 14 hingga 17 November nanti. Maklumat lanjut mengenai jelajah kerjaya itu boleh didapati di Instagram JCB @jobcentrebrunei.

    Suasana Jelajah Kerjaya 2024 yang berlangsung di Daerah Tutong. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    Antara pencari kerja semasa mengunjungi salah satu petak pada jelajah kerjaya tersebut. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda