Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Jelajah motosikal erat silaturahim

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN – Sebanyak 30 buah motosikal dan 40 penunggang yang dianggotai oleh pelbagai ahli persatuan motosikal di negara ini telah menyertai Silaturahim Ride yang julung kalinya diadakan.

    Perjalanan yang diketuai oleh Awang Adnan bin Haji Maarub, yang juga ahli beberapa persatuan permotoran termasuk PEMODA dan HOG, mengongsikan perjalanan tersebut adalah persetujuan terhadap cadangan spontan Sungkai ride dalam kumpulan WhatsApp penunggang yang mengambil bahagian bagi mewakili persatuan dan kelab motor dan skuter masing-masing.

    Tambahnya lagi, memandangkan silaturahim membawa maksud persahabatan atau persaudaraan, salah satu objektif perjalanan tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama penunggang di negara ini kerana ada yang belum mengenali antara satu sama lain.

    “Kebanyakan penunggang adalah mereka yang aktif dengan aktiviti permotoran termasuk individu yang sudah bersara dan saya terkejut apabila melihat maklum balas positif daripada ahli kumpulan. Saya juga merasa seronok melihat muka baharu yang hanya dikenali melalui Whatsapp dan tidak pernah berjumpa dengan mereka.”

    Awang Adanan menjelaskan melihat kejayaan penganjuran dan sambutan yang menggalakkan, mereka berharap dapat menganjurkan lebih banyak jelajah pada masa akan datang bersama kumpulan serta menjemput orang lain yang tidak berada dalam kumpulan dengan perjalanan ke tempat-tempat menarik di negara ini serta melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

    Salah seorang peserta, Dayang Nur Khadijah binti Haji Ismail, mewakili penunggang mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan perhimpunan tersebut.

    “Tiada apa-apa yang setanding dengan keseronokan perjalanan motor yang ringkas, ia adalah perjalanan terapeutik. Kami menunggang satu sama lain dalam perpaduan. Nantikan perjalanan kami yang seterusnya,” tambahnya.

    Konvoi tersebut bertolak di tempat pertemuan mereka di Batu 1 Jalan Tutong, menunggang keluar ke Lebuhraya Hassanal Bolkiah dan terus ke Lebuhraya Muara-Tutong dan berhenti sebentar di Pantai Seri Kenangan, Tutong sebelum meneruskan perjalanan konvoi ke I Love Cafe Bistro di Pekan Tutong untuk berbuka puasa.

    Ahli-ahli pelbagai persatuan motosikal di negara ini bergambar ramai semasa menyertai Silaturahim Ride.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...