Jelajah perlumbaan beri talian hayat buat penunggang

MADRID, 24 APRIL – Penganjuran Tour de France sangat penting bagi kesejahteraan penunggang tetapi penghormatan terhadap Grand Tour Sepanyol dan Itali mesti dikekalkan, pengarah Veulta a Espana, Javier Guillen menegaskan kelmarin.

Guillen memberi komen selepas jelajah tersebut, yang menjana hampir dua per tiga pendapatan untuk penunggang, telah dijadualkan semula pada 29 Ogos, bertembung dengan perlumbaan Vuelta yang sering diadakan pada tarikh tersebut.

“Kami menyedari magnitud dan keperluan perlumbaan tersebut diadakan. Tetapi kita tidak boleh hanya menyelamatkan satu perlumbaan, kita mesti menyelamatkan keseluruhan kalender.”

Vuelta kebiasaannya diadakan pada perlumbaan ketiga pada minggu ketiga musim Grand Tour selepas Jelajah Giro pada bulan Mei dan Tour De France pada bulan Julai, selalunya bermula tiga minggu selepas perlumbaan Perancis berakhir.

Tetapi Tour de Perancis telah dipindahkan dari 29 Ogos kepada 20 September, dengan Veulta masih dijadualkan di antara 14 Ogos dan 6 September.

“Anda tidak boleh meniadakan kejohanan antarabangsa seperti La Vuelta, Di Sepanyol, selepas dari bola sepak, perlumbaan basikal mendapat liputan antarabangsa tertinggi,” tambah Guillen.

Tarikh baharu untuk perlumbaan Giro dan Vuelta akan diumumkan sebelum 15 Mei.

Keputusan untuk memindahkan perlumbaan dari tarikh kebiasaan pada waktu cuti musim panas, bermakna penonton di laluan tepi jalan sekitar 12 juta orang akan menjadi kurang padat.

Penunggang elit akan mengambil nafas lega dengan perlumbaan tersebut akan menjana kebanyakan dari pendapatan mereka.

“Perlumbaan tersebut mewakili sekitar 60 peratus dari pendapatan musim mereka,” ketua pasukan AG2R dari Perancis, Vincent Lavenu berkata pada awal bulan April. – AFP