Jelajah PGA tambah hadiah wang

LOS ANGELES, 24 NOV – Jelajah PGA berkata semalam ia merancang menambah hadiah wang pada acara paling menguntungkan pada 2022, menyuntik jutaan dolar tambahan dalam kejohanan tanpa terhad dalam tindakan yang diambil di tengah laporan siri golf baharu sokongan Arab Saudi.

Dalam satu memo yang dihantar kepada pemain semalam, Pesuruhjaya Jelajah PGA Jay Monahan menggaris kasar pelan untuk menambah hadiah wang untuk pemain.

“Ganjaran wang dan faedah lain bukan sahaja untuk pemain paling cemerlang tetapi untuk seluruh ahli yang meningkat pada kadar luar biasa,” tulis Monahan, menambah jelajah ‘adalah lebih menarik pada bila-bila masa dalam sejarah kami.’

Bonus Piala FedEx untuk 2022 telah meningkat sebanyak AS$15 juta kepada AS$75 juta, sementara juara Piala FedEx akan menerima AS$18 juta – meningkat daripada AS$15 juta yang dimenangi oleh Patrick Cantlay pada awal tahun ini.

Dua acara pembukaan perlawanan Piala FedEx – Kejohanan BMW dan St Jude – masing-masing akan menambah hadiah wang mereka sebanyak lebih AS$5 juta kepada AS$15 juta. – AFP

Gambar fail menunjukkan Pesuruhjaya Jelajah PGA JayMonahan menjawab soalan wartawan semasa siding media sebelum jelajah PGA Kejohanan Zozo di Accordia Golf Narashino di Inzai, Tokyo. Monahan menimbang menambah gaji untuk pemain menerusi hadiah wang dan program bonus. – AP