Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Jemaah 90 buah masjid sertai Malam Munajat

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Majlis Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah diteruskan lagi bagi minggu ke-39 secara maya malam tadi yang disertai oleh jemaah dari 90 buah masjid, surau dan balai ibadat.

    Program dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Acara telah dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan secara maya dari Masjid Kampung Pintu Malim.

    Majlis kemudiannya diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan Doa Munajat bagi memohon keampunan dari Allah SWT agar Negara Brunei Darussalam terhindar daripada bala bencana serta penyakit merbahaya khususnya COVID.

    Malam Munajat diisikan dengan tazkirah bertajuk ‘Nikmat Disyukuri, Ujian Diinsafi’ yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Pengajian Fiqh Al-Usrah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Awang Hilman bin Haji Salim dari Masjid Kampung Salambigar.

    Acara seterusnya diikuti dengan bacaan Asmaul Husna beramai-ramai oleh Kumpulan Syababul Wafa dari Masjid Kampung Perpindahan Mata-Mata Gadong.

    Bagi memberkati acara Malam Munajat, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan di akhir majlis.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama bersama jemaah lainnya ketika menyertai Malam Munajat. – Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...