Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Jemaah haji Malaysia, Indonesia selamat tiba di Madinah

    MADINAH, 5 JUN – Seramai 295 orang jemaah haji Malaysia yang merupakan kumpulan pertama, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Abdulaziz kira-kira pukul 9:30 malam kelmarin waktu Malaysia.

    Ketibaan mereka di Hotel Anwar Al Madinah Movenpick yang terletak bersebelahan dengan perkarangan Masjid An Nabawi disambut oleh Konsul Haji Mohammad Saimi Mat Som, Konsul di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Farah Syafina Bahari dan Muhammad Hafiz Bahar Ketua Canseri, Konsulat Malaysia di Jeddah.

    Seramai 14,306 orang jemaah haji dari Malaysia akan menunaikan ibadat Rukun Islam kelima itu pada tahun ini dan mereka dijadualkan tiba di Madinah serta Mekah secara berperingkat.

    Manakala itu, kumpulan pertama seramai 358 jemaah haji dari Indonesia turut tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohamed bin Abdulaziz di kota suci Madinah, lapor agensi Anadolu memetik laporan agensi berita negara SPA.

    Arab Saudi mengehadkan ibadah haji hanya kepada jemaah domestik sejak dua tahun lalu berikutan pandemik COVID. Seramai 60,000 jemaah menunaikan haji tahun lalu berbanding sekitar 2.5 juta pada 2019. – Bernama

    Seramai 295 orang jemaah haji Malaysia yang merupakan kumpulan pertama selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Abdulaziz kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...