Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Jemaah haji Malaysia mula pulang

    MALAYSIA/MEKAH, 17 JULAI – Jemaah haji Malaysia mula pulang ke tanah air bermula hari ini dan pastinya kenangan melaksanakan ibadah itu akan terus kekal dalam ingatan.

    Bagi petugas Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah dan Madinah, operasi menyantuni Tetamu Allah masih belum berakhir sehingga semua jemaah selamat sampai ke tanah air. Menerusi tinjauan Bernama, sepanjang musim haji 1443 Hijrah ini, petugas TH yang menjadi tulang belakang kepada jemaah haji, sentiasa memberi perkhidmatan terbaik malah ada ketikanya melebihi bidang tugas mereka.

    Bersama matlamat memastikan jemaah dapat melaksanakan ibadah rukun Islam kelima itu, semua petugas termasuk bahagian pentadbiran, operasi, media serta perubatan akan berganding bahu agar setiap perancangan dapat dilaksanakan. Mengimbau perjalanan membawa kesemua jemaah ke Arafah, petugas perubatan pastinya antara yang tidak menang tangan, apatah lagi ada antaranya perlu diuruskan dengan teliti kerana tidak berupaya bergerak.

    Petugas Perubatan, Luqman Chong Abdullah Chong berkata pada 8 Zulhijah, beliau telah mula bertugas seawal 4 pagi dan mengejutkan pesakit lelaki supaya bersiap dan memakai ihram.

    Beliau yang berpeluang bertugas sebanyak tiga kali pada musim haji berkata momen memakaikan ihram pada pesakit sentiasa menyentuh perasan kerana rata-rata akan menangis dan meluahkan perasaan mengenai musibah yang menimpa sedangkan mereka datang ke Tanah Suci dalam keadaan sihat. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...