Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Jemaah Menteri M’sia setuju potong gaji

    PUTRAJAYA, 5 DIS – Jemaah Menteri hari ini bersetuju untuk melaksanakan pemotongan gaji masing-masing sebanyak 20 peratus setiap bulan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Beliau berkata keputusan itu dilaksanakan atas semangat keprihatinan anggota Kabinet terhadap permasalahan yang dihadapi rakyat ketika ini.

    Anwar berkata pemotongan gaji itu akan dilaksanakan kerajaan sehingga ekonomi negara kembali pulih.

    “Kalau ekonomi pulih (dalam tempoh) tiga tahun, kita kaji semula lah… potong gaji ini memang tidak wajar, tetapi saya berterima kasih ke atas kesediaan mereka (Jemaah Menteri) melakukan sedikit pengorbanan.

    “Ada orang kata Anwar patutlah dia tak ambil gaji Perdana Menteri kerana dia ambil gaji Menteri Kewangan, tak betul… gaji ini satu sahaja,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas pertama Kabinet Kerajaan Perpaduan di sini hari ini.

    Sidang media berkenaan turut dihadiri kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof. Mengenai kritikan pihak tertentu terhadap barisan Kabinetnya, Anwar berkata beliau yakin dan percaya pasukan Kabinetnya bertekad untuk memastikan mereka mematuhi peraturan yang ketat dan prinsip tadbir urus yang baik.

    “Kami berazam, saya telah jelaskan dan menteri pun jelas. Isu tadbir urus yang baik dan antirasuah, tiada kompromi mengenainya dan jika ia datang daripada beberapa pemimpin dan saya tahu siapa yang bercakap tentang ‘kleptokrasi’… boleh saya ambil peluang ini untuk menjelaskan, ‘kleptokrasi’ bermaksud sistem… yang membolehkan pemimpin untuk mencuri.” – Bernama

    Anwar Ibrahim semasa menghadiri sidang media tersebut. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...