Friday, June 2, 2023
27.4 C
Brunei

    -

    Jenazah dihantar ke rumah mayat masih hidup

    IOWA, 5 FEB – Sebuah rumah penjagaan di Des Moines, Iowa telah didenda AS$10,000 selepas rumah pengebumian mendapati seorang wanita yang dihantar dalam beg mayat masih hidup.

    Jabatan Pemeriksaan dan Rayuan Iowa berkata dalam laporan yang difailkan pada Rabu bahawa wanita berusia 66 tahun itu diisytiharkan mati di Pusat Jagaan Khas Alzheimer Glen Oak di Urbandale pada 3 Januari.

    Wanita itu, dengan namanya tidak disiarkan, menghidapi demensia peringkat awal, kemurungan dan depresi dan telah diletak di bawah jagaan hospis sejak 28 Disember lalu.

    Dia diletakkan dalam beg mayat berzip dan dibawa ke Rumah Mayat dan Pembakaran Ankery, di mana pekerja mendapati dia masih bernafas dan menghubungi 911, menurut laporan.

    Wanita itu seterusnya dibawa ke Hospital Mercy West Lakes, di mana dia masih bernafas tetapi tidak sedarkan diri.

    Warga emas itu dikembalikan ke pusat jagaan di mana dia meninggal dunia pada 5 Januari dengan ahli keluarga di sisinya.

    Anggota kakitangan Glen Oak yang telah bekerja syif 12 jam dan menjaga wanita itu memberitahu penyiasat dia pertama kali melaporkan kepada jururawat pada awal 3 Januari bahawa wanita itu tidak bernafas dan tidak mempunyai denyutan nadi.

    Jururawat yang menjaga wanita itu sepanjang malam juga gagal menemui nadi dan berkata wanita itu tidak bernafas.

    Dia terus menilai keadaan wanita selama lima minit sebelum memutuskan wanita
    itu telah meninggal dunia. – AP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun, AS sahkan kerjasama, tentang pelancaran satelit Korea Utara

    TOKYO, 2 JUN - Menteri Pertahanan Jepun, Yasukazu Hamada dan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin mengesahkan kelmarin bahawa kedua-dua negara akan bekerjasama menentang pelancaran...
    - Advertisment -