Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    JENDELA: 839 lokasi dipasang BWA

    KUALA LUMPUR, 17 OGOS – Pencapaian sambungan Internet menggunakan teknologi satelit telah mencapai sasaran penuh yang mana 839 lokasi jalur lebar tanpa wayar (BWA) telah siap dipasang.

    Pemasangan tersebut membolehkan penyediaan liputan jalur lebar khususnya di kawasan pedalaman termasuk di Sabah dan Sarawak serta di perkampungan Orang Asli. Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM), Tan Sri Annuar Musa berkata masih terdapat kira-kira 1,400 lokasi BWA yang memerlukan perkhidmatan BWA.

    “Dalam pada itu kementerian telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Khas Penyeragaman Kos, Caj dan Fi Pembangunan Infrastruktur Komunikasi di negeri-negeri bagi menangani caj dan fi yang tidak seragam yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

    “Penubuhan jawatankuasa ini akan memastikan kelancaran dan kelangsungan projek pembangunan infrastruktur komunikasi di sesebuah kawasan, selain daripada memberi galakan kepada pihak penyedia perkhidmatan untuk meningkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur komunikasi secara menyeluruh.

    “Ini sekali gus dapat meningkatkan kesalinghubungan jalur lebar di kawasan bandar dan luar bandar,” katanya pada sidang media hari ini selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...