Jendela perpindahan ditutup pada 5 Oktober

LAUSANNE, 19 JUN – UEFA mahu jendela perpindahan Eropah yang diselaraskan pada musim panas ini ditutup pada 5 Oktober, menjelang pembukaan perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dan Liga Europa musim depan, kata badan pentadbir bola sepak itu kelmarin.

Mesyuarat jawatankuasa eksekutif yang diadakan melalui konferensi video, UEFA mengatakan bahawa kelab mempunyai masa sehingga 6 Oktober untuk mendaftarkan pemain untuk peringkat kumpulan dalam pertandingan kelab Eropah musim depan.

UEFA mengumumkan bahawa Liga Juara-Juara 2020-21 akan bermula pada 20 Oktober, dengan peringkat kumpulan Liga Europa bermula dua hari kemudiannya.

Jendela perpindahan musim panas di Eropah biasanya ditutup pada awal bulan September, walaupun setiap ne-gara tidak mengikuti tarikh yang sama.

Bola sepak masih dalam keadaan peralihan setelah musim ini terjejas pada pertengahan bulan Mac lalu kerana wabak koronavirus.

Stadium Luz di Lisbon bakal digunakan bagi perlawanan suku akhir, separuh akhir dan final Liga Juara-Juara UEFA di Lisbon antara 12 dan 23 Ogos 2020, UEFA mengumumkan. – AFP

FIFA telah membenarkan negara-negara lain untuk membuka jendela perpindahan mereka hingga empat ming-gu sebelum musim selesai, walaupun penandatanganan pemain baharu tidak akan memenuhi syarat hingga musim depan.

Beberapa negara meneruskan pertandingan bola sepak, dengan musim Liga Perdana Inggeris dan La Liga Sepanyol tidak akan selesai hingga akhir bulan Julai ini. Serie A Itali tidak akan selesai sehingga awal Ogos.

UEFA mengumumkan bahawa Liga Juara-Juara musim ini akan diselesaikan dengan format ‘peringkat lapan terakhir’ kalah mati di Lisbon dari 12 hingga 23 Ogos.

Begitu juga, Liga Europa akan diselesaikan dengan format yang sama, dengan permainan di empat bandar Jerman, termasuk perlawanan akhir di Cologne pada 21 Ogos.

Peringkat penutup Liga Juara-Juara wanita juga akan berlangsung dalam format kalah mati lapan sepasukan di Bilbao dan San Sebastian, di Sepanyol, dari 21 hingga 30 Ogos. –AFP