Jendela perpindahan EPL 27 Julai

LONDON, 15 JULAI – Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) telah bersetuju jendela perpindahan musim panas selama 10 minggu, yang akan dibuka pada 27 Julai ini.

Tertakluk kepada persetujuan badan persatuan bola sepak dunia FIFA, jendela akan dibuka sehari selepas musim liga 2019/20 berakhir dan akan berakhir pada 5 Oktober, tarikh yang dicadangkan oleh UEFA untuk penutupan tempoh pendaftaran di seluruh Eropah.

EPL mengatakan bahawa setelah membuat perbincangan dengan Liga Bola Sepak Inggeris (EFL), musim jendela perpindahan untuk domestik juga akan ditambah mulai 5 Oktober dan ditutup pada 16 Oktober.

Perpindahan antara kelab EPL tidak akan dapat dilakukan dalam tempoh ini, tetapi kelab-kelab teratas EPL boleh membuat pembelian pemain dengan kelab EFL, meminjam atau menandatangani pemain secara kekal. – AFP