Sebelum ini media sosial kecoh dengan khabar angin mengatakan anggota kumpulan Blackpink iaitu Jennie akan bergelar pelakon di Hollywood hebat diperbincangkan.
Walau bagaimanapun, semua spekulasi itu akhirnya terjawab apabila Jennie bakal membintangi sebuah drama bersiri bertajuk The Idol.
Kesahihan berita itu juga disahkan apabila pihak HBO menyiarkan sedutan trailer drama tersebut yang turut membariskan selebriti popular lain seperti The Weeknd, Troye Sivan dan Lily-Rose Depp yang juga anak kepada aktor Johnny Depp.
Malah pihak HBO turut berkongsi mengenai berita gembira itu di media sosial rasmi mereka namun tidak memperincikan watak Jennie atau pelakon yang lain.
Peminat turut melahirkan rasa teruja dan tidak sabar untuk melihat penampilan pertama Jennie sebagai pelakon apatah lagi untuk produksi di Hollywood. – Agensi